HARI INI DIA MENYESAL PERNAH MEMPERSENDAKAN SAYA ðŸ˜
Dulu ada seorang kawan yang selalu memandang rendah kepada saya.
Setiap kali saya bercakap tentang impian, dia akan ketawa.
Kalau saya cakap mahu berjaya, dia ketawa.
Kalau saya cakap mahu berniaga, dia ketawa.
Kalau saya cakap mahu ubah hidup, dia pun masih ketawa.
Bagi dia, saya cuma seorang biasa yang tidak akan pergi jauh ke mana-mana.
Sejujurnya, kata-kata itu memang sakit.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga, betul ka apa yang dia cakap?
Betul ka saya tidak mampu berjaya?
Betul ka saya hanya pandai berangan?
Tetapi jauh di dalam hati, saya masih menyimpan satu harapan.
Saya percaya setiap orang berhak mempunyai impian.
Tidak kira siapa dia.
Tidak kira dari mana dia bermula.
Tidak kira berapa kali dia gagal.
Sejak hari itu saya mula bekerja lebih keras.
Saya mula belajar perkara baharu.
Saya mula belajar tentang perniagaan.
Saya mula belajar tentang pemasaran.
Saya mula belajar bagaimana orang berjaya berfikir.
Ramai orang sedang tidur ketika itu, tetapi saya masih berusaha.
Ramai orang sedang berehat, tetapi saya masih belajar.
Perlahan-lahan hidup saya mula berubah.
Peluang mula datang.
Pendapatan mula meningkat.
Orang mula mengenali nama saya.
Apa yang dahulu hanya mimpi, kini semakin menjadi kenyataan.
Dan pada suatu hari...
Kawan yang pernah mentertawakan saya itu datang berjumpa dengan saya.
Dia memandang saya dengan wajah yang berbeza.
Tiada lagi ketawa.
Tiada lagi sindiran.
Tiada lagi ejekan.
Kemudian dia berkata perlahan...
"Aku silap tentang kau."
Pada saat itu saya sedar satu perkara.
Kadang-kadang cara terbaik untuk membalas orang yang meragui kita bukan dengan kemarahan.
Tetapi dengan kejayaan.
Sebab itu kwn-kwn...
Jangan berhenti bermimpi hanya kerana orang lain tidak percaya.
Jangan berhenti mencuba hanya kerana orang lain mentertawakan kita.
Teruskan melangkah.
Teruskan berusaha.
Satu hari nanti hasilnya akan bercakap bagi pihak kita.
.
.
.
Tapi tunggu dulu kwn... 🤣
Sebenarnya saya masih menunggu orang menghina saya, supaya hidup saya ada plot macam cerita di atas. ðŸ˜
Malangnya semua orang baik dengan saya. 😞
Jadi sampai sekarang saya masih belum berjaya. ðŸ˜
Dan kawan yang saya cerita dari awal tadi pun tidak tahu dia sudah jadi penjahat dalam cerita ini. 🤣
Penafian: Artikel ini ditulis untuk tujuan hiburan dan jenaka semata-mata. Sebahagian besar jalan cerita adalah hasil imaginasi penulis dan tidak semestinya berdasarkan kisah sebenar. 🤣
Sumber: Angan-angan penulis, imaginasi tahap luar biasa dan sedikit pengaruh daripada drama Cina.
0 Ulasan